Cik Som Hisap Darah Manusia

Hanya kerana menolak pinangan, seorang wanita menderita selama 34 tahun akibat ilmu hitam yang dikenakan. Akibatnya, wanita itu yang selesa dipanggil Cik Som mengalami pelbagai masalah seperti gila dan sebagainya. Malahan, belia dikatakan amat suka menghisap darah manusia dan mudah tertarik dengan sesuatu yang berkaitan dengan darah.
gambar aneh,gambar cik som hisap darh manusia,hisap darah,drakula malaysia

Semuanya bermula dengan tindakan Cik Som menolak pinangan dua lelaki yang telah lama menyimpan perasaan cinta terhadapnya

"Ketika itu saya masih muda (17tahun) bila seorang pemuda masuk melamar,namun saya tolak" , ujar beliau ketika ditanya.

Kemudian datang seorang seorang lelaki lain dengan tujuan yang sama. Memikirkan lelaki tersebut sudah pun mempunyai dua isteri, Cik SOm pun menolak pinangan tersebut.

Lantas kerana hal itu, lelaki-lelaki tersebut menyimpan dendam terhadap beliau.

"Pernah suatu hari ketika Opah menyikat rambut Cu tiba-tiba jari tangannya luka dan berdarah. Sebaik terlihat darah tersebut, perasaan saya jadi suka dan saya terus pegang jari Opah dan hisap darah yang mengalir dari jari Opah", katanya.

Sejak itu beliau jadi tidak boleh tengok darah dan pasti akan merasa seronok apabila ternampak darah. Malahan beliau berasa ghairah untuk menghisap darah. Peliknya, beliau tidak merasa jijik dengan perbuatannya itu.

Tambahnya, walaupun hal itu sudah 34 tahun berlalu, namun kesannya masih lagi berbekas sehingga ke hari ini.


Sumber - Seleksi
Cik Som Hisap Darah Manusia Cik Som Hisap Darah Manusia Reviewed by Unknown on 9:36 AM Rating: 5

1 comment:

  1. wah..mengerikan...terima salah,tolak pun salah.xkawin sampai ke tua la saya kalau cenggini..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.