Gambar Bogel Putera Harry Tersebar Luas


gambar bogel putera harry,harry naked,gambar putera harry
Putera Harry pulang ke Britain semalam selepas tercetusnya berita yang menggemparkan apabila fotonya berparti dalam keadaan bogel bersama seorang wanita yang turut sama berbogel tersebar di seluruh dunia terutama di internet. Harry menanggalkan pakaian ketika bermain permainan ‘strip billiards’ selepas dia dan rakannya menjemput sekumpulan wanita dan dibawa memasuki bilik hotel mereka di Vegas.

Satu foto yang diambil dengan menggunakan kamera telefon bimbit menunjukkan Harry menutup kemaluannya sambil seorang wanita berbogel berdiri di belakangnya. Di dalam satu foto lain, Harry sedang memeluk seorang wanita dari belakang sambil memegang bola snooker. Kedua-duanya dilihat tanpa seurat benang.

Bagaimanapun, Istana St James menghantar surat rasmi kepada akhbar Britain menggesa pengarang tidak menggunakannya dengan berkata gambar itu adalah satu bentuk pencerobohan terhadap kehidupan peribadi putera terbabit.

Sumber diraja berkata, Harry, anggota tentera dan juruterbang helikopter Apache hanya cuba ‘menenangkan tekanan’ sebelum kembali bertugas. Dia dijangka dihantar ke Afghanistan hujung tahun ini.

Sumber tentera pula berkata, kepemimpinan tinggi tentera hanya ‘memandang ringan’ mengenai kenakalan Harry itu. Walaupun dia akan diberikan amaran tegas, dia tidak akan berdepan dengan sebarang tindakan disiplin kerana berbuat demikian ketika sedang bercuti.

Harry yang mewakili Ratu Elizabeth pada acara penutup Olimpik berparti di Vegas bersama rakannya di Kolej Eton, Tom Skippy Inskip, 27, dan anak lelaki peniaga senjata yang kaya-raya, Arthur London, 30.

Parti bogel dihadiri mereka berlangsung selama 72 jam di Sin City.



Sumber - myMetro
Gambar Bogel Putera Harry Tersebar Luas Gambar Bogel Putera Harry Tersebar Luas Reviewed by Unknown on 9:04 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.