Kemeriahan Sambutan Kemerdekaan

sambutan kemerdekaan, ambang kemerdekaan,gambar bunga api,gambar kemerdekaan negara
Ambang Merdeka bersempena Hari Kemerdekaan ke-55 malam tadi disambut meriah dengan pertunjukan bunga api dan kibaran Jalur Gemilang oleh pelbagai pihak di seluruh nadi negara.

Turut diadakan sebagai menghayati sambutan kemerdekaan ialah acara deklamasi puisi merdeka, tahlil dan doa selamat, tazkirah serta program bicara warisan jejak Mat Kilau sebagai memperingati jasa pejuang kemerdekaan.

Syarikat seperti KLCC Property Holding Sdn Bhd (KLCCH) dan Resort World Genting mengambil inisiatif mengadakan sambutan ulang tahun kemerdekaan dengan mengadakan pertunjukan bunga api di Taman KLCC dan Genting Highlands.

Walaupun tiada sambutan ambang merdeka secara rasmi di lokasi utama sambutan itu seperti tahun-tahun sebelum ini, dianggarkan 6,000 orang hadir di kawasan itu termasuk peserta 'Himpunan Janji Bersih'.

sambutan kemerdekaan, ambang kemerdekaan,gambar bunga api,gambar kemerdekaan negara
Antara rakyat Malaysia yang menunggu di KLCC semalam
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang membuat tinjauan di Dataran Merdeka berkata keadaan di situ adalah terkawal.

Kehadiran 205 anggota dan pegawai dari Balai Polis Dang Wangi dan Bukit Aman berjaya memastikan tiada provokasi berlaku pada perhimpunan yang tidak mendapat kelulusan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu.

"Keadaan terkawal, kebanyakan yang hadir adalah untuk menyaksikan persembahan ambang merdeka dan tembakan bunga api sepertimana kebiasaan, namun keadaan itu tidak berlaku," katanya sambil menambah tiada  sebarang tangkapan dilakukan terhadap peserta perhimpunan itu. 

Zainuddin berkata mereka yang hadir mula meninggalkan Dataran Merdeka secara berperingkat selepas tengah malam.



Sumber - Utusan Malaysia
Kemeriahan Sambutan Kemerdekaan Kemeriahan Sambutan Kemerdekaan Reviewed by Unknown on 10:18 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.