Ditetak Kerana Bertemu Bekas Kekasih


gambar suspek tetak,gambar suspek keganasan,
Hasrat seorang lelaki untuk menziarahi bekas kekasihnya sempena Hari Raya Aidilfitri, bertukar tragedi apabila dia cedera parah akibat ditetak sehingga hampir putus pergelangan tangannya yang dipercayai akibat cemburu buta.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 40an mengunjungi rumah dipercayai bekas kekasihnya berusia 22 tahun di Flat Sri Melaka, di sini pada 1 Syawal lalu.

Kejadian yang berlaku pada pukul 7.30 petang, gadis itu turut ditemani oleh seorang lelaki dipercayai kekasihnya yang berusia 30 tahun lalu berlaku pertengkaran antara mereka. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, suspek lalu mengambil pedang Samurai di dalam rumah itu lalu menetak tangan kiri mangsa.

“"Suspek dan gadis itu kemudian melarikan diri meninggalkan mangsa sejurus selepas kejadian," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini hari ini.

Mohan Singh memberitahu, susulan daripada kejadian itu, polis memburu pasangan tersebut untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

“Lelaki itu ialah Mohd. Ifendi Mohd. Nafiah, bernombor kad pengenalan 820905-012-5063 dan alamat terakhir di 58-16-09, Flat Sri Sabah, Jalan Cheras.

"Pasangannya dikenali sebagai Hazirah Abdul Aziz, nombor kad 901102-14-6464 dan alamat terakhir di 36-00-16 Flat Sri Melaka, Batu 3 1/2 Jalan Cheras," katanya lagi.

Orang ramai yang mengenali pasangan itu boleh memberika maklumat kepada mana-mana balai polis berhampiran.

Mangsa yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan selanjutnya.



Sumber - Utusan Malaysia
Ditetak Kerana Bertemu Bekas Kekasih Ditetak Kerana Bertemu Bekas Kekasih Reviewed by Unknown on 7:04 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.