'Aku Hilang Dara Umur 18'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mamimu is not the real name semestinya. Kehilangan dara pada umur 18 tahun kerana berzina dengan teman lelaki yang bersumpah sehidup semati, yes it sounds stupid. Berzina, sengaja aku gunakan term ini, bukan terlanjur, bukan terbuat, bukan ringan2 dan bukan sekali dua. Tetapi beberapa tahun. Dan akhirnya, kami putus kerana dia ada perempuan lain. End.

Aku nak berubah. Aku nak jaga segalanya walau aku tahu aku tak mempunyai apa-apa. Aku cuba menjaga solat semula, memang sukar. Sekian lama kurang solat (kadang2 solat, kadang2 tidak). 


Membaca Al-Quran, sangat sukar, asyik tersangkut. Menjaga batas lelaki dan perempuan, sangat sukar. Kerana terbiasa bertepuk tampar, cubit2 dengan lelaki. Meninggalkan cerita dan filem pendek porno, sangat sukar. Kerana sudah terbiasa melihat. Dan aku masih mencuba perbaiki sedikit demi sedikit.

Dalam tempoh nak berubah, beratus kali aku give up. Bila orang sentuh tentang dara, even just a joke, aku terus down. Aku terus patah semangat nak berubah. Dan akhirnya, aku solat lopong2 semula. Pastu, semangat balik. Pastu tak semangat balik.

Aku nak tanya, adakah hina perempuan tanpa dara? Walaupun sudah tak buat? Walaupun sedang berubah ke arah kebaikan?

Sedih dan serabut memikirkan. Adakah layak aku diperisterikan?

– Mamimu
'Aku Hilang Dara Umur 18' 'Aku Hilang Dara Umur 18' Reviewed by Unknown on 5:00 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.