Dr M Tak Yakin Najib ?

Dr M Tak Yakin Najib | Kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak menolak pelaksanaan hukum hudud seperti terkandung dalam Islam, sebaliknya hanya tidak boleh menerima hudud Pas menunjukan manifestasinya tidak yakin dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, president pas,pas,parti pembangkang

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, bekas Perdana Menteri itu seolah-olah tidak percaya urus tadbir kerajaan sekarang sehingga terpaksa buka mulut tentang undang-undang, politik dan ekonomi.

"Saya tetap menghormati hak bersuara beliau kerana ia baik dari segi demokrasi tetapi beliau memberi terlalu banyak sangat komen.

"Perdana Menteri yang lain sebelum ini tidak pernah pun buat begitu kerana mereka yakin dengan pengganti mereka," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Dr Mahathir sebelum ini menegaskan bahawa beliau menolak hudud Pas, namun menafikan pernah berkata beliau menolak hudud Islam.

Beliau berkata, hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada dalam al-Quran.

Tambah Salahuddin, Dr Mahathir sudah beberapa kali bercakap sebegitu.

"Mengapa apabila kerajaan (pimpinan) Pas di Kelantan dan Terengganu meminda enakmen undang-undang jenayah syariah, Pas pula dikatakan melaksanakan 'hudud Pas'?" tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.


Sumber - Sinar Harian
Dr M Tak Yakin Najib ? Dr M Tak Yakin Najib ? Reviewed by Kedai Semasa on 1:22 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.