Kad Diskaun Siswa 1Malaysia Sudah Diagihkan


KDS1M, kad diskaun siswa 1 malaysia, kad diskaun siswa,kad siswa,kad untuk mudahkan pelajar

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mula mengagihkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (S1M) yang dijangka mampu meringankan beban sara hidup 1.5 juta penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kad diskaun tersebut boleh mula digunakan 1 September ini di 1,200 kedai atau pasar raya di seluruh negara.

KDS1M, kad diskaun siswa 1 malaysia, kad diskaun siswa,kad siswa,kad untuk mudahkan pelajar

Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (S1M) bersama kad pengenalan sahaja. Kad ini terhad kepada tempoh masa pengajian saja dan pelajar tidak perlu memohon, sebaliknya diberi secara automatik bila maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat.

Sedikit info mengenai Kad Diskaun Siswa 1Malaysia :

- Dikeluarkan Bank Rakyat
- Diberi percuma
- Diskaun 5 hingga 60%
- Disertai 51 syarikat
- Diberi secara automatik, tidak perlu pohon



Sumber - Utusan Malaysia
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia Sudah Diagihkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia Sudah Diagihkan Reviewed by Kedai Semasa on 1:18 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.