Kopitiam Di Terengganu Tiada Sijil Halal

kopitiam di terengganu tiada sijil halal,sijil halal di terengganu,sijil halal malaysia
Sekadar hiasan

Menurut Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Datuk Mohd Rozali Saleh, tiada kopitiam di negeri ini yang memiliki sijil halal dari JHEAT setakat ini.

Bagaimanapun beliau menjelaskan bahawa sijil halal tidak diwajibkan ke atas pengusaha kopitiam di negeri ini dan ia hanya sebagai satu aspek penambahbaikan terhadap operasi mereka.

"Kesedaran di kalangan pengusaha kopitiam masih rendah dan majoritinya memandang remeh mengenai kepentingan sijil halal. Kita tidak boleh memaksa pengusaha kopitiam untuk memohon sijil halal JHEAT kerana ia bukan wajib, cuma berharap mereka akan berusaha mendapatkannya sebagai satu aspek penambahbaikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Katanya lagi JHEAT berharap agar orang ramai berhati-hati ketika memilih tempat untuk menjamu selera kerana hanya premis makanan yang menerima sijil halal JHEAT sahaja benar-benar mematuhi kriteria halal jabatan itu.

"Jika orang ramai menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna dengan "menggesa" pengusaha kopitiam mendapatkan sijil halal JHEAT, pasti ia akan memberi impak besar terhadap operasi perniagaan mereka," katanya.

Sehingga kini, hanya satu kopitiam di Kemaman, Terengganu sahaja telah memohon kepada JHEAT untuk sijil halal dan ia masih dalam proses penelitian. - BERNAMA


Sumber - Utusan Malaysia
Kopitiam Di Terengganu Tiada Sijil Halal Kopitiam Di Terengganu Tiada Sijil Halal Reviewed by Unknown on 9:12 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.