Nasi Minyak Zizan Raja Lawak


KEBIASAANNYA nasi minyak adalah hidangan sewaktu kenduri kahwin. Bagaimanapun lain pula halnya dengan Zizan Razak yang menghidangkan nasi minyak pada majlis rumah terbuka yang diadakan di rumah ibu bapanya pada hari raya ketiga baru-baru ini.

rumah terbuka zizan razak,rumah terbuka zizan,zizan raja lawak,zizan dan johan
Jelas pelawak dan pengacara berusia 28 tahun itu,ini bukan kali pertama dia mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. Pada tahun lalu dia turut mengadakan majlis yang sama bagi menjamu para peminat yang hadir dengan menu tersebut.

"Nasi minyak adalah menu utama selain ketupat, rendang dan kuih muih yang disediakan untuk para pengunjung rumah terbuka saya itu. Semua hidangan itu emak saya, Anai Ibrahim, 55, yang sediakan dengan dibantu jiran tetangga dan kawan-kawan sekampung saya" katanya kepada Hits semasa ditemui pada majlis anjuran Astro Shaw di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Zizan, rumah terbuka yang diadakan di rumah ibu bapanya di Kampung Jalan Tekukur, Kuala Terengganu, Terengganu itu berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 11 malam pada hari raya ketiga lalu. Ramai peminatnya yang datang tidak putus-putus dari merata-rata tempat.

Katanya selain peminatnya yang tinggal berdekatan, ada juga di antara peminat yang datang dari Singapura dan Brunei semata-mata kerana mahu beraya dengan. Meskipun tidak menang tangan dan penat tetapi demi para peminatnya dia sanggup melayani setiap yang hadir ke majlisnya itu.

"Saya memang susah untuk mengendalikan majlis ini sendirian. Kami berkongsi tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan majlis ini yang dihadiri tidak kurang 300 tetamu. Rasa gembira sangat bila dapat gembirakan hati orang lain, terutamanya peminat saya sendiri," ujar anak bongsu daripada dua beradik itu lagi.


Sumber - Utusan Malaysia
Nasi Minyak Zizan Raja Lawak Nasi Minyak Zizan Raja Lawak Reviewed by Unknown on 8:14 PM Rating: 5

1 comment:

  1. haha..style gak la bile pk2 balik.tak pena org wt nasi mintak utk rumah terbuka lg

    ReplyDelete

Powered by Blogger.