'Salah Kah Aku Berjerawat?'

Aku dikategorikan sebagai perempuan yang tak la cantik mana, muka aku gelap, jerawat batu penuh di muka. Macam-macam gelaran aku dapat waktu zaman sekolah negro, hitam dan india. Kalau nampak jerawat batu aku dah makin membesar kat pipi, mulalah lelaki ataupun peremuan suka mengejek. Kalau pakai baju sekolah warna putih, digelarnya aku taik cicak. Tuhan saja tahu betapa sedihnya aku, dahla tak cantik, tak pandai pulak tu. Kalau dalam kelas, jarang sangat aku dapat top 20 mesti dapat nombor pun hampir nombor last.
Kadang-kadang aku tertanya juga, kenapa aku ni seorang je gelap dalam ahli keluarga aku, sedangkan adik beradik aku berkulit putih. Kenapa aku pun tak dikurniakan kulit yang putih macam orang lain, ataupun kulit yang bebas jerawat. Susah ke orang nak terima aku macam ni. Teruk sangat ke?. Ada suatu masa, aku bertekad aku taknak zuriat atau keturunan aku rasa apa yang aku rasa. Aku nak kahwin dengan orang putih, at least dapat la gene kulit putih (pemikiran waktu aku zaman remeja memang tak matang).
Sejak daripada tu, aku berazam untuk berjaya dalam pelajaran. Bagi aku, biarlah muka tak cantik, asal perangai dan akademik aku mantap. Bagi aku nak ubah fizikal ni memang sukar, jadi baiklah aku ubah apa yang aku mampu ubah. Aku berazam nak diamkan semua yang orang suka pandang rendah pada aku, dengan kejayaan aku dalam pelajaran.
Aku ingat bila dah besar sikit, dah masuk university, masalah jerawat aku makin berkurang tapi tak sama sekali. Dah bermacam product aku cuba, dah bermacam klinik kulit aku pergi semua kurang membuahkan hasil. Memang down, bila jerawat naik semua akan tanya. Semua akan pandang pelik sangat, waktu aku balik raya, budak kecil umur 4 tahu siap tanya kenapa ada banyak batu kat muka aku?. Memang down habis, sebab budak kecil pun perasan muka aku ni teruk. Tapi, aku mampu senyum sambil menangis dalam hati dan diamkan saja sebab tu budak kecil. Salah ke ada jerawat? Bukan aku yang mintak semua ni jadi, takde button jerawat pun kat muka, aku tak boleh nak control pun ketidakseimbangan hormone aku ni.
Pernah sekali aku menangis dan mengadu pada ibu aku, ibu aku cakap
“ Allah bagi jerawat ni sebagai ujian kecil ni pada awak. Mungkin awak tidak diberikan wajah yang cantik, tapi Allah bagi awak rezeki yang mencurah-curah kat tempat lain. Allah nak tengok awak sabar, sebab Allah nak bagi sesuatu yang sangat besar pada awak. Allah tarik sesuatu dari kita, tapi Allah bagi awak keluarga, pelajaran yang baik dan hidup yang tenang”. Memang aku menangis sebab waktu tu muka aku sangat la teruk, rasa nak pakai purdah je. Nak ambil gambar pun aku mengelak. Sebab obvious muka memang merah dengan jerawat. Aku terfikir, mesti tak de yang akan minat untuk berkahwin dengan aku, sebab muka aku tak cantik.
Dan apa yang dikatakan oleh ibu aku tu semua betul. Allah tak bagi aku rezeki pada kecantikan wajah. Tapi, Allah bagi aku rezeki tempat lain. Alhamdulilah, sekarang aku sedang menyambung pelajaran di sebuah university di benua eropah dengan tajaan biasiswa. Dan aku tak pernah sangka, aku akan dapat biasiswa ni dan berpeluang untuk menggapai cita-cita aku untuk belajar di sini. Tapi, tu semua takdir Allah. Kita hanya merancang Allah menentukan. Allah itu adil dan sesungguhnya rezeki di bumi Allah luas sangat. Walapun belum mencech pertengahan 20-an, alhamdulilah aku mampu untuk menolong keluarga aku. Aku sekarang masih lagi dalam fasa merawat jerawat, tapi keyakinan aku dah bertambah. Aku pasti suatu hari nanti muka aku akan okay jugak. Berkaitan dengan jodoh aku ketepikan dulu,mungkin bakal suami aku seorang yang ikhlas menerima aku bukan kerana rupa paras semata-mata.
Biarlah muka berjerawat asalkan hati tidak bejerawat. Yang diingati itu bukanlah rupa paras, tapi sumbangan dan budi yang baik itu akan dikenang hingga akhir hayat.
-Miss J-
'Salah Kah Aku Berjerawat?' 'Salah Kah Aku Berjerawat?' Reviewed by Unknown on 4:52 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.