Keadaan Traffik di KL-Karak Sesak

jalan jammed,keadaan traffik semasa,lebuhraya KL-Karak
Aliran trafik Kuala Lumpur-Karak dari Genting Sempah ke arah Plaza Tol Gombak mula sesak dan sibuk, berdasarkan maklumat Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada pukul 5.14 petang.

Maklumat pada pukul 4.50 petang pula memberitahu, trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dari Simpang Pulai ke Gopeng semakin bertali arus dan mulai perlahan.

Bagi laluan trafik di Jambatan Pulau Pinang, maklumat pada pukul 4.50 petang menyatakan laluan mula perlahan dari pertengahan jambatan ke arah Seberang Jaya.

Di bahagian selatan tanah air, kemalangan berlaku di KM39.4 Kulai- Sedenak berdasarkan maklumat pada pukul 4.30 petang, namun trafik masih terkawal.

Di Kuala Lumpur pula, trafik pada pukul 5.23 petang dilaporkan perlahan di lebuhraya Sprint Kilometer 7.5 dari Semantan ke Jalan Duta kerana sebuah kereta terbakar.


Sumber - Utusan Malaysia
Keadaan Traffik di KL-Karak Sesak Keadaan Traffik di KL-Karak Sesak Reviewed by Unknown on 4:05 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.