Remaja Lelaki Ditahan Disyaki Bakar Teman Wanita


bakar teman wanita,suspek bakar teman wanita,gambar suspek yang membakar teman wanita
Selepas 10 hari diburu, seorang remaja lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya, Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, sehingga menyebabkan mangsa koma akhirnya ditahan di Setapak Jaya, di sini awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek, Mohd. Amir Mohd. Anuar (gambar), 18, ditahan bersama seorang wanita di sebuah rumah di situ.

Katanya, kedua-duanya ditahan reman sehingga 28 Ogos ini untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, menurut sumber, turut ditahan enam orang termasuk empat wanita yang berusia 16 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Polis turut ditunjukkan lokasi tempat kejadian dan menemui topi keledar, cebisan pakaian dan rambut mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam kejadian 13 Ogos lalu, suspek telah menyimbah petrol ke tubuh gadis remaja itu sebelum bertindak membakar mangsa di kawasan semak ketika mereka keluar bersahur bersama kira-kira pukul 3.15 pagi.

Akibatnya, mangsa dilaporkan terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Othman Abu Bakar berkata, polis tidak menolak kemungkinan pergaduhan dan perasaan cemburu adalah punca insiden berlaku.


Sumber - Utusan Malaysia
Remaja Lelaki Ditahan Disyaki Bakar Teman Wanita Remaja Lelaki Ditahan Disyaki Bakar Teman Wanita Reviewed by Unknown on 8:54 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.