Mati Ditembak Di Siber Kafe

Seorang lelaki mati selepas ditembak seorang daripada dua suspek yang menyamun RM2,000 dari sebuah siber kafe di Taman Jinjang Baru di sini, awal hari ini.
Dalam kejadian 6.40 pagi itu, mangsa, 34 tahun tersebut terkena dua daripada tiga das tembakan di bahagian perut dan peha ketika cuba mengejar kedua-dua suspek yang melarikan diri dengan menunggang sebuah motosikal.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, mangsa yang cedera parah meninggal dunia di Hospital Selayang.
"Siasatan awal menunjukkan suspek menggunakan sepucuk pistol dan sebilah parang,” katanya dalam khidmat pesanan ringkas kepada pemberita di Kosmo! Online, hari ini.
Menurut Ku lagi, mangsa pergi ke premis itu untuk menjemput isterinya yang bekerja sebagai juruwang.
Polis kini giat memburu kedua-dua suspek berumur lingkungan 40-an.


Sumber - Kosmo! Online
Mati Ditembak Di Siber Kafe Mati Ditembak Di Siber Kafe Reviewed by Kedai Semasa on 1:31 AM Rating: 5

3 comments:

  1. ngerii sob,,malaysia banyak perompakan

    ReplyDelete
  2. ngeri nya dengar. jaa pon bukak cyber cafe jugak ni... gerun!

    ReplyDelete
  3. Aiseh.. Cam dalam movie la pula.. Perompak skrang sembarangan menembak org.. Entah dari mana dapat pistol tu..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.