Jalan Ditutup Sempena Merdeka

jalan ditutup sempena merdeka,dataran merdeka,sambutan kemerdekaan
BEBERAPA jalan sekitar Dataran Merdeka akan ditutup mulai 27 hingga 31 Ogos bagi memberi laluan kepada persiapan, latihan serta sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 yang bakal berlangsung pada 31 Ogos ini.

Penutupan jalan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula pukul 6 pagi dan akan dibuka semula setelah acara tersebut berakhir. Acara Perhimpunan 55 Tahun Merdeka yang bertemakan Janji Ditepati itu bermula pada pukul 4 petang dan dijangka selesai 12.30 tengah malam.

Menurut kenyataan Pejabat Ketua Trafik Kuala Lumpur, jalan-jalan yang ditutup melibatkan Jalan Travers, Jalan Mahameru, Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara), Jalan Lembah, Jalan Perdana (Masjid Negara), Bulatan Hishamuddin, Jalan Hishamuddin, Jalan Tembusu, Jalan Cenderasari, Jalan Kinabalu, susur Bukit Aman dan Jalan Raja.

"Di samping itu, Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Lebuh Ampang dan Jalan Tun Perak, Bulatan Dato Onn, Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Munsyi Abdullah, Jalan Dang Wangi dan Jalan Mahkamah Persekutuan turut akan ditutup," kata kenyataan itu hari ini.


Sumber - Utusan Malaysia
Jalan Ditutup Sempena Merdeka Jalan Ditutup Sempena Merdeka Reviewed by Unknown on 3:31 AM Rating: 5

1 comment:

Powered by Blogger.